funtasticko design

http://funtasticko.net

Teaser RESS (Reinforced Safety Structure) – HPF (Hot Press Forming)

29 Komen

Video di atas merupakan teaser mengenai RESS (Reinforced Safety Structure) yang mula diperkenalkan oleh Proton untuk model P3-21A. Menggunakan HPF (Hot Press Forming) yang membuatkan struktur kerangka kereta lebih kukuh setanding kereta Eropah & mencapai 5 bintang untuk Australian NCAP.

Penerangan mengenai teknologi ini boleh dilihat pada gambar di bawah :

* Lepas ni kalau ada yang cakap kereta Proton “tin Milo” lagi memang ketinggalan zaman la… tapi yang uniknya orang kita boleh tau kereta tu kuat ke tidak cuma menggunakan teknik ketuk-ketuk body masa kat showroom… hebat bukan? Memang lawak orang kita ni, hahaha… 🙂

29 thoughts on “Teaser RESS (Reinforced Safety Structure) – HPF (Hot Press Forming)

  1. perodua champion tin milo skang…

  2. Tarikh pelncaran rsmi bila ek?..dh nk abis bln 3 ni..

  3. yang ketuk2 tulah kita panggil armchair engineer – satu kapal la dgn basher2 kat blog 1 lg

  4. Orang mesia memang dididik dengan teknik ketuk-ketuk ni sejak kelahiran saga 1st lagi..haha

    • haha dasat gle nk test kete..klu skrg ni bt kt showroom sure kne halau..siap2 blh pggl polis tu..haha..congrats Proton for P3-21A!!

    • Xtau plak ada iklan ni dulu. terbaiklah. Pasni janga plak ada rakyat malaysia yang siap masuk boot henjut kereta P3-21A ni…

  5. Dalam gambar No. 2, ada tulis P6-20A.

    P6-20A ni Exora ke?

  6. org kite xnampak. Dr saga lama n wira yg body rigidity hanya 7000nm-9000nm ajek, waja,gen2 n persona 13000nm, satria neo hampir 15000nm(hss), savvy n blm,fl n flx 17000nm(hss),exora hampir 18000nm(uhss+hss), p321a lebih 18000nm(hpf+uhss). Prtn cube bg yg terbaik n sentiasa improve utk safety walupun org ttp ckp prtn tin milo. Dgn segala gadjet pada p3, amat sukar utk h-line capai target weight bwh 1350kg, tgk exora bold cfe dah ler, tkr rim 16,masuk cfe n cvt(cvt lg ringan dr 4at),brt bertambah dr 1442kg jadik 1480kg.

    Dulu frontal exora guna hydroforming, skrg,p321a,gunakan hot press forming utk frontal.

    Ikut pemahaman aku,Hydroforming masih relevant, begitu juga hss n uhss, cume bergantung kpd cost pembuatan n target weight.

    Byk kenderaan gunakan hpf nih, tp kbanyakannya utk kenderaan yg rega dia mahal sedikit,bukan utk low cost production. Pelaburan prtn terhadap hpf tooling nih amat baik,walupun mahal dr segi kos, tetapi utk akan dtg, sume kete prtn bleh gunakan teknologi ini.

    Cold forming masih digunakan coz xsume part akan guna hpf. Cume akan dtg, bleh gunakan roll forming plakkan.

    Metal trip/dp yg prtn tunjuk sbgai perbandingan adalah uhss. Itu adalah antara uhss yg tertinggi kekuatan dia, n antara kebaikan hpf, dia lebih tahan karat dr uhss selepas diberi corrosion treatment.

    Aku hrp prtn masa launch release sume video crash testing p3 coz exora dl hanya ckit jek tunjuk. Sekurang2 rakyat malaysia dpt tgk, yg prtn ttp berusaha nk jadikan kete malaysia nih selamat,bkn tin milo.

  7. lol video saga tuh mmg lawak der..

  8. p6-20a mmg exora. Biaserlah, dh jd case study, kena improve dr produk sblm nih. Hrp2 diteruskan

  9. just for info, penggunaan HPF parts dalam P3-21A lebih banyak daripada beberapa model continental ternama. even more dari certain BMW models.

    manakala model-model dari Jepun/Korea pula tidak menggunakan HPF kerana kos yang tinggi kecuali bagi model-model yang masuk pasaran US/EUROPE (disebabkan requirement sana).

    Dan percayalah, kalau ketuk HPF ni memang sakit tangan. Sebab aku dah puas ketuk..hahaha

    btw, the best example of tin milo now is Viva..hahaha

  10. Lagi 2-3 minggu yg x menentu menanti pelancaran P321a ni.i..mgkin ms launching nnti akn menjadi hambar..lg2 klo yg x meet expectation sbb byk feature and spesifikasi telah diwarwarkan yg didedahkan dh menjadi basi nanti. Semakin lama tunggu semakin tinggi expactation..percayalah kalo ade sikit kekurangan mudah timbul rs kecewa.
    Pada hemat saya design dan technology p321a menggunakan benchmark model thn 2010. So blia release ke market akn cepat menjadi outdated Sepatutnya ciri2 ini sejak awal thn 2011 dah ade . Cthnye plg mudah smart display p321a ini. Walaupun agak canggih tp masih menggunakan warna oren dan mono colour. adakah kerana nak play safe ikut standard mt lancer sedangkan lancer dh launch sejak 2008 lg. Jadi masih relevankah utk thn 2012. Sbb tu sy dgr2 myvi br lg cantik speedometer walaupun x canggih mn.. for HPF ini sorry to say it is a common known practice by other manufacturer too tp klo compare dgn p2 jerla ..
    Hah kn dah merapu.. x tau nak update ape lg dh sejak bosan menunggu p321a ini..

    • HPF ni common practice pada kereta2 conti saja bro. Bukan semua. Japs & Korean pun baru nak berjinak2. And PROTON berani invest and it is the first OEM di South East Asia yang ada facility HPF.

      This is not a common thing. Cuba bagitau di dunia ni ada berapa HPF stamper?

    • aku xkesah proton benchmark kete lama, dgn syarat follow regulation baru.
      kalu benchmark kete baru (pls insert most car from china, baru tu..), tp safety duk tahap lama, aku xmau la.

      tunggu je la. 2thn ble tunggu, 2minggu xble tunggu…weird bro..

  11. power windows-anti trap

  12. anti trap ni bleh bezakan smugglers dgn tuannye x??klu x xyah pon xpe…hehe

  13. Anti trap ni tujuan asalnya untuk mengelakkan budak-budak yang suka main power window tu tak tersepit leher.

  14. Aku rasa x perlu cerita lah pasal hot working nih. Metal forming macam-macam sebenarnya. Org metallurgist aje tau pro/contra cold work vs hot work. Org Mechy tau setengah ceritanya. Mintak-mintak Proton buat pilihan bijak.
    AKU? Aku NAK jugak Aluminium chassis. Kau cakap mcm mana lah. T5 masih pilihan aku! Nak ikutkan hati satu persatu aku nak tukar ke Aloy. Start dgn lower arm tayar depan….crossmember…side impact bars tu tukar ke butted CroMo ok?

    Org kita mana ambik kesah pun benda teknikal. Senang dibodohkan. Tak semua yg faham. Lagi banyak x mau paham. Org kita mata hatinya tertutup. Omputeh kata, ‘Buying is an emotional decision’. Pikir-pikirkan. Angkat tangan siapa ada iPad / Android Tablet… 🙂

    • Alloy? Bukan tak boleh, tapi facilities takde. Lpas tu raw material mahal sangat. Mungkin PROTON boleh buat one day, tapi for sure rakyat akan complaint bila BOM cost naik. Harga confirm mcm BMW dah..

    • Benda bagus cerita je la. Nanti kalau tak cerita, ramai lak komen Proton lembab buat marketing, tak highlight improvement yg depa nak buat. Mmg la kdg2 explaination tu mcm ayat buku teks bagi org yg involve dan mahir dlm bidang tu, tp for overall public, itu dah mencukupi. Yg nak belajar dia akan baca dan belajar dan faham, tp yg mmg xnak faham tu kita mmg takleh nak buat apa. Yg penting jgn give up dlm memberi infomation.

  15. tgk ni comparison Proton P321A vs Toyota Vios vs Honda City. menarik2. http://twitpic.com/8ze2l1/full

  16. cmne comparison tu dibuat?
    nk tau 🙂

    • @ joyah

      quote “Compared with 2013 Lexus Gs Body Structure, this P3-21A is more superior.”

      • P3-21A guna 9 batang HPF, Lexus 1 batang je.

        BMW tak silap 9 batang jugak.

        HPF ni kekuatannya > 1500 MPa. Cold press less than 1000 Mpa, kalau tak mau cepat hancur stamping mould dia.

  17. ketok2 kete proton..proton la pelawaknye….

  18. ” Aku NAK jugak Aluminium chassis. Kau cakap mcm mana lah. T5 masih pilihan aku! Nak ikutkan hati satu persatu aku nak tukar ke Aloy. Start dgn lower arm tayar depan….crossmember…side impact bars tu tukar ke butted CroMo ok?”
    bro, ko sanggup ke bayar kos kalau model tu mmg mahal? raw steel pun mahal. ko ni cakap nak aluminium structure, ko tau x aluminium ape yg kuat? xtau kan? skang aku bg tau, aluminium alloy terkuat tu duralumin. kebanyakan buat komponen kapal terbang. skang ni org nak wat kereta yang mampu milik dan jimat kos. kalau ko dah kaye sgt, taksub dgn aluminium g cari la kereta pakai body structure carbotanium terus der. carbon titanium tech. lu jd la engineer atau designer baru lu tau ape tu design. lu xnak lu blah la. lu pakai la satria neo tu.

Tinggalkan komen