funtasticko design

http://funtasticko.net


20 Komen

Ford Fiesta LX 1.4L Manual cuma RM69,999.00

Ford Fiesta LX 1.4L Manual telah diperkenalkan semula dan didatangkan bersama 7 beg udara. Harga barunya kini RM69,999.00 berbanding harga sebelumnya RM69,888.00. Wow!!! Memang berbaloi…mana dapat kereta ada 7 beg udara harga macam ni, kereta segmen B jenama Jepun yang kosong pun mahal lagi. 😉


13 Komen

Lakaran KIA Forte generasi baharu

Tu dia lakaran KIA Forte 2013 generasi baharu. Semakin lama semakin gempak dan menarik rekaan dari KIA sejak Peter Schreyer menjadi taiko design kat sana. Sekali imbas ada gaya rekaan VW Passat CC pada keseluruhan profil luarannya dengan lampu depan ala BMW 3 series baharu. Gril harimau Schreyer melengkapi rupa hadapannya yang moden, ringkas dan garang. Saya tak sabar nak lihat rupa sebenar model ini dan harap Naza akan membawanya seberapa cepat yang boleh. Nampak gayanya makin ketinggalan la rekaan jenama lain terutama dari Jepun kalau macam ni, hahaha… 🙂


69 Komen

Awas kaki pecut!!! Sistem Penguatkuassan Automatik (AES) bakal bermula Ogos ini

Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System) bakal bermula Ogos ini diperkenalkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguatkuasakan peraturan had laju dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. AES merupakan sistem automatik sepenuhnya, terdiri lebih daripada 1,000 kamera tetap dan kamera mudah alih yang akan ditempatkan di beberapa lokasi di negara ini merangkumi lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan negeri serta persimpangan lampu tanda isyarat. Kamera berdefinisi tinggi ini mampu merekod gambar pesalah trafik dalam apa jua cuaca serta keadaan, siang mahupun malam.

Sistem lengkap AES mempunyai kamera berdefinisi tinggi dan sensor berteknologi tinggi yang boleh mengesan pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu merah selain membantu untuk mengenal pasti pemandu yang disenaraihitamkan. Setelah data yang diperolehi diproses, sistem akan mencetak saman untuk dihantar terus menerusi pos berdaftar kepada pesalah yang didakwa.Teknologi ini juga disahkan oleh pihak berkuasa ujian antarabangsa yang diiktiraf oleh SIRIM sebelum ia digunakan untuk AES. Sistem kamera ini dengan alat-alat pengukur kelajuan juga akan ditentukur setiap lapan bulan dengan menggunakan standard pengujian tertinggi yang ditetapkan oleh SIRIM.

Dua buah syarikat telah terpilih iaitu ialah Beta Tegap Sdn. Bhd. bersama rakan kongsi teknologi Redflex Traffic Systems, syarikat kamera penguatkuasaan yang terbesar di dunia. Sebuah lagi syarikat yang terpilih ialah ATES Sdn. Bhd. yang mana pemegang sahamnya telah terbabit di dalam industri penguatkuasaan lalu lintas di Malaysia sejak 1985 lagi. Rakan teknologi mereka ialah JENOPTIK Robot GmbH daripada Jerman yang merupakan peneraju pasaran global dengan lebih 50 tahun pengalaman di 80 buah negara.

Di negara-negara seperti United Kingdom, pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik trafik telah berjaya mencatat statistik pengurangan pada kadar 42% untuk kematian dan kecederaan serius di 5,000 kawasan yang dipasang kamera dalam tempoh 4 tahun. Justeru, bukti ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia perlu melaksanakan apa yang telah dilaksanakan di negara-negara maju dalam menangani isu keselamatan jalan raya iaitu menerusi pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

terima kasih kepada bro Arish Qutb Ahmad Khan kerana sudi berkongsi artikel ini

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

* nampaknya “speed trap” di mana-mana sahaja tak kira siang malam lepas ni, sendiri mau ingat ye… rugi la beli Bugatti Veyron kalau gini gaye nya, hahaha…