funtasticko design

http://funtasticko.net

HONDA Malaysia taja model City baharu kepada MIROS untuk ujian ASEAN NCAP

22 Komen

HONDA Malaysia telah menaja model City baharu kepada Malaysian Institute of Road Safety Vehicles (MIROS) untuk menjalani ujian perlanggaran ASEAN NCAP di Malaysia. Ujian yang pertama telah dilakukan di makmal ujian perlanggaran NCAP yang dibina khas di Melaka, dimana pelbagai siri ujian perlanggaran model sedan dan kereta kecil akan dijalankan untuk ujian Fasa 1. Kelajuan untuk ujian tersebut telah direkodkan pada 63.6 km/h. Berikutan dengan ujian tersebut, sebuah lagi Honda City bakal menjalani ujian secara rasmi ASEAN NCAP pada bulan Disember, dimana keputusannya akan diumumkan kelak.

Honda secara proaktif menyokong pembangunan ASEAN NCAP dengan menyediakan kepakaran teknikal dan membantu membuat penilaian untuk mencapai piawaian ujian kemalangan antarabangsa. Semasa sesi ujian kemalangan, Encik Yoshiji Kadotani, Encik Tadashi Mashita, Ketua dan Penolong Ketua Jurutera Honda R & D berada di sana untuk membimbing pasukan MIROS dalam pelbagai aspek ujian kemalangan. Pada sesi tersebut juga, Pengurus Pembangunan NCAP MIROS, Encik Khairil Anwar mengucapkan terima kasih kepada Honda atas kesediaan untuk bekerjasama dengan MIROS untuk menetapkan standard keselamatan ASEAN.

Struktur badan kereta Honda dibina dengan G-force Control Technology (G-CON) yang membantu menyuraikan impak kemalangan dan menyerap tenaga kesan dengan mengurangkan kecederaan ketara sambil meningkatkan keselamatan bagi semua yang terlibat dalam perlanggaran.  Teknologi keselamatan pasif Honda juga merangkumi Beg Udara Berkembar SRS dan tali pinggang keledar dengan fungsi 3-point Emergency Locking (ELR) untuk meminimumkan kecederaan penumpang. Dari segi keselamatan aktif, Vehicle Stability Assist (VSA) Honda yang direka untuk membantu pemandu dalam situasi jalan licin dan menstabilkan kenderaan. Selain VSA, model City baharu turut dilengkapi dengan Anti-Lock Braking System (ABS), Emergency Brake Distribution (EBD) dan Brek Assist (BA).

Keselamatan adalah sebahagian daripada komitmen dan keutamaan Honda dengan mereka sentiasa pro-aktif mematuhi
peraturan-peraturan baharu. Standard keselamatan semua kereta Honda memenuhi piawaian Suruhanjaya Ekonomi Eropah PBB (UNECE) R94 dan R95 . Honda akan terus mengkaji situasi dunia sebenar dan membangunkan teknologi keselamatan baru kepada pelanggan untuk menjadikan jalan raya dunia tempat yang lebih selamat. Keputusan ujian kemalangan ASEAN NCAP untuk Honda City akan diumumkan oleh MIROS dan di laman web ASEAN NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

22 thoughts on “HONDA Malaysia taja model City baharu kepada MIROS untuk ujian ASEAN NCAP

  1. ai.. dah seronok dapat jv ngan proton/drb hicom ker..

  2. aper fiesta, accord city flx dan lain2 buat kat situ.. mcm x test aper2 pun lagi..

  3. -good move actually. tapi honda tochigi siap ader crash theater lagih. harap proton pon ader gak suatu hari nanti.

    -Tapi teringat masa proton day dulu, camner safety engineer dier camner dier setting kan priority how to ensure passenger safety masa crash. Dier reply dier based on Mitsubishi spec kasik dedulu. Aiyak. Not the answer I want to hear la bang.

    -Harap lepas nih proton actually boleh jek collaborate ngan polis forensic ker bomba ker JPJ, banyak crash data ader kat real life crash test. Tapi….

    -Last raya korban persona head to head ngan vios. dari segi remuk, maybe vios lagi teruk, tapi maybe airbag yang jadi pemandu vios tuh selamat and pemandu persona tuh dijemput awal. Dalam hati kuat jugak persona nih ek.
    http://www.hmetro.com.my/articles/TragedipulangawalsambutAidiladha/Article

    • kalau fully surround air bag pun x tentu selamat kalau x pakai talipinggang keledar.combine kedua2nya dpt mengurangkan risiko kecederaan/kematian.

    • jgn bro,jgn head2head ngan vios kang blom crash,vios dah TERBANG dulu x psl2 persona crash ngan dinding..hehehe

  4. bgs2,mcm nilah yg kite hendak, menyokong asean ncap. Bgs honda, aku tabik ko.

    Off topik jap, psl cukai katanya prtn terima rebate, akhirnya terjawab dlm financial report tahun 2005 prtn yg prtn dh xterima rebate sejak 2005 lg.

    Yg paling best, harakah daily melalui kata2 rafizi mengakui bahawa proton dah x trime rebate sejak 2005, dan cukai keatas prtn melampau.

    :-). Pelik tp benar, tp yg duk slame nih depa duk mrh2 prtn konon prtn diprotect, cukai rendah n sbgainya, tetiba bleh tkr statement plak.

    Herm….selamat beramal.

    • tak payah nak pelik la.. lagi pelik org malaysia sanggup hutang sampai 9 thn beli kereta ‘selekeh’ 🙂

      • Nak buat macam mana bro, dah tu je majoriti orang malaysia mampu untuk menanggung beban…

    • Kerajaan bukan bagi rebate directly. Dia bagi geran pembangunan. Pembuat kereta lain tak dapat geran ni. Apa-apa pun janganlah citer politik kat sini. Salah tempat.

      • Mmm… geran pembangunan utk RnD kn? cmne la nak dpt yg lain tu, diorg x develop RnD tapi rebadge only:)

        cheers!

    • Saya tak setuju!

      Mana boleh MIROS dibimbing H****. Ia patut bebas. Kereta pun tak boleh sponsor. ANCAP patut pilih sendiri kereta mana yang nak dibuat ujian. Kalu H**** bimbing ANCAP, macamana keputusannya? Adakah bebas dan adil?

      Lagipun ANCAP sebahagian daripada NCAP. Mereka ada kepakaran sendiri. Patutnya pengeluar kereta tidak boleh ‘membimbing’ ANCAP. Pada pendapat saya ia tidak adil dan berat sebelah dan ada agenda tersirat. ANCAP harus bebas dan adil kepada semua pengeluar kereta dalam ulasan dan ‘star rating’.

      H**** buat ini hanya nak dapat ‘credit’ & iklan percuma ‘melalui’ ANCAP.

      Saya tidak setuju!

  5. i dont know but dsz had a peak sneak on honda before. and according to the cbt they are targeting for hybrids. it is said that honda has be quite sucessful on hybrid cars, even not the earlier models are proven, it feels like proton want to acquire some earlier hybrid model in technology, might be cheaper to get the earlier tech.

    that what they speculate

  6. or maybe honda has no confident siting on the risk of flood.

  7. Kalau di US dan Europe, NCAP ni macam konsortium oelh semua syarikat insuran. Dia set-up dan NCAp ni akan beli kereta ni randomly kat showroom, macam kita beli kereta juga la. Sebabnya? Kalau bagi percuma/sumbangan kereta macam Honda City kat atas ni, dah tentu-tentu pembuat kereta ni akan strengthened kereta yang dia bagi untuk lepas ujian tu dengan flying colours, sedangkan spec yang dijual kepada orang ramai tak sama. Fikir-fikir la.

    • En Azrai,, org MIROS ni baru experience crash test 3-5 bijik kereta…. Honda Malaysia bawak engineer dia yg dah crash test 20,000 kereta untuk ajar dan share experience dgn engineer MIROS… yg ni tak award apa-apa star pun… nanti, MIROS pegi la beli kereta honda city secara random kat dealer tu untuk buat crash test…. baru boleh award star….

      • “…..Honda Malaysia bawak engineer dia yg dah crash test 20,000 kereta…”

        Tang ni saya tak percaya…jangan nak merepek

      • fridzmax,

        merepek apa….tanya laa paultan ya… tak pun tanya tuan tanah, tgk official press release…

        “On hand to guide the MIROS team were Yoshiji Kadotani and Tadashi Mashita of Honda’s R&D. Crash test aspects included the placement of dummies, ideal in-car temperatures, mechanics to achieve the desired speed for accurate results and correct cable tension in pulling the cars. Kadotani, Mashita and their team have crash tested more than 20,000 cars.”

      • Encik TRE, awak quote ‘Honda Malaysia’ punya engineer..

        Adakah awk fikir Honda Malaysia pernah buat crash test sebelum ini?

        Dan dalam statement yang awak copy and paste tu pun, tiada menyebut Honda Malaysia.

        Boleh terima argument saya?

    • lau nk tggu miros/asean ncap ni beli keta dr setiap manufacturer parah laa bro(mana nk cekau duit),keta pun bukan murah, mane nk dtg dananya…hanya boleh berharap ihsan dr pembuat keta je bagi sebijik dua.

  8. bukan nk cite politik, just kongsi informasi ajek. Geran rnd xmelibatkan perbezaan cukai. Dan geran rnd plak, hanya tertakluk kpd negara tuh sendiri, n jrg bg kpd company yg xda rnd kat negara diaorg,itu perkara biasa. Menda itu xtermasuk dlm non tariff barrier punya kategoripun, dan afta pun x melarang menda2 tuh, begitu juga wto. Ada keistimewaan bg mereka yg nk bina rnd kat sini klu baca nap terutama hybrid n elektrik. Kat us diaorg bg geran rnd kt syarikat kete diaorg,tp xda org bisingpun psl cukai sbb cukai sama.

    Kos rnd,kos rnd, kos bahan mentah, xterlibatpun dgn kos rnd.
    Sorry,off topik lg skali.

  9. mmg ler xsama ngan euroncap@ancap,sbb xda lg yg nak taja. Ingat murahke nak buat, satu kete hanya utk satu set crash test ajek. Xkira deformable barrier yg kena guna yg br bile dh buat satu test. Sume itu kos yg kena tanggung, lainla klu manufacturer@ada yg nak taja n tanggung kos tuh.

    Sbb pada dasar idea ini, byk asean manufacturer xbrp stuju.

    Aseancap, sbb miros@malaysia yg buat, mmgler byk komen negatif, cer buat kat thailand, xdanya org nk komen. Walupun euroncap begitu popular, tp adakah rating itu menggambarkan overall keselamatan kete tuh? Xpun, klu crashtest shj, euroncap hanya uji 1 utk front, 2 utk sisi. Tp sebenarnya, ujian crash test, front shj xslh ada 5 set, keseluruhan lebih krg 15 set, termasuk belakang(rear impact), guling(rollover),itu xmengambil kira klu kete itu dibwk atas kelajuan tertentu, ambil selekoh, berapa kemungkinan kete akan terbabas yg menyebabkan kemalangan, pada kelajuan aper kete tuh dikira selamat utk bawa ambik selekoh n sbgainya. Sbb tuh euroncap pun xmampu, bygkan nak kena beli kurang2 15 biji kete utk penuhi semua test utk satu jenis kete shj.

    Atleast aseancap,diaorg cube paksa manufacturer menyediakan kete yg sama spec, sama taraf keselamatan dgn kat europe punya versi. Klu akan dtg ada yg taja, fasiliti yg lengkap, dptlah aseanncap bersaing ngan euroncap, dan mgkin lebih klu dpt buat set test lg byk dr Atleast aseancap,diaorg cube paksa manufacturer menyediakan kete yg sama spec, sama taraf keselamatan dgn kat Atleast aseancap,diaorg cube paksa manufacturer menyediakan kete yg sama spec, sama taraf keselamatan dgn kat europe punya versi. Klu akan dtg ada yg taja, fasiliti yg lengkap, dptlah aseanncap bersaing ngan euroncap, dan mgkin lebih klu dpt buat set test lg byk dr Atleast aseancap,diaorg cube paksa manufacturer menyediakan kete yg sama spec, sama taraf keselamatan dgn kat europe

Tinggalkan Jawapan kepada panadoll Batal balasan